surat dari tulang rusuk kiri :)


Terimalah coretan ini dengan hati yang terbuka daripada bakal isterimu ini.

 khas buat awak, wahai bakal suami

Wahai bakal suamiku yang telah tertulis di Luth Mahfuz sebagai mujahidku dunia akhirat. Terciptanya aku daripada tulang rusuk kirimu, itulah yang sering aku dengar bila berbicarakan tentang cinta adam dan hawa.


Wahai bakal suamiku, Isterimu ini tidak kisah walau bagaimanapun keadaan fizikalmu. cuma, aku di sini sangat kisah tentang keaadaan imanmu. Aku amat berharap aku dapat menjadi sayap kiri dalam perjuangan jihadmu. Aku juga harapkan darahku ini akan tertumpah sebagai darah syahid. aku disini  memerlukanmu


       Kau teruskanlah memimpin tanganku. Papahlah aku. Bantulah aku. Persiapkanlah aku dengan ilmu yang melimpah-limpah agar semua itu dapat aku jadikan perisai untuk melindungimu ,membantu dan menjadi sayap kirimu yang paling utuh sekali hanya untukmu wahai mujahidku demi memperjuangkan agama Kekasih kita yang Hakiki.


Wahai bakal suamiku,  Aku tidak tahu, dimanakah kau sekarang, bagaimana keadaanmu, Bagaimana rupamu,  bagaimana akhlakmu, bagaimana kehidupanmu sebagai seorang muslimin.  Aku tidak tahu, semua itu adalah rahsia Sang Pencipta, hanya Dia sahaja yang tahu, aku akan persiapkan diriku sesempurna yang mungkin untuk bertemu denganmu hanya pada saat kau lafazkan ijab dan kabul untuk memartabatkan aku kepada dunia bahawa akulah serikandi serta permaisuri dalam hidupmu, Tidak sabar untuk menantikan saat itu



Sesungguhnya wahai bakal suamiku dlm perjuangan ni, suka, mahupun duka. tapi, walaupun sukar aku disini akan tetap cuba sebaik yang mungkin untuk jadi yang terbaik sebagai tulang rusuk kirimu dalam perjuanganmu yg paling setia dan hebat sekali dalam membantumu dalam apa jua sekalipun.




Wahai bakal suamiku. setiap hari antara doa yang tidak lupa utk ku panjatkan kpd Ya Rabbi adalah doa untukmu.


“Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yg soleh sebagai suami, agar dia dapat membimbingku menuju syurgaMu ” Resah gelisah hati menunggu, mengira setiap detik dan waktu, impian itu menjadi kenyataan, bersama-sama denganmu mujahidku, menemanimu dalam suka dan duka aku.



awak awak .. saya harap awak baca . hari hari saye doa awak adalah jodoh saya . pemegang kunci saya ke syurga . ape pun jadi ,, kite same same usaha kekalkan hubungan kite ni sampai kite berjumpa semula di syurga nanti ye :) saya ikhlas ... doa Allah permudahkan jalan untuk kita .. amin ..


ENJOY READING . KBAII . ASSALAMUALAIKUM

No comments:

Post a Comment