9 cara berMAKE-UP seorang MUSLIMAH

cakap awal2 : ni bukan entry cerita pasal ninja worrior keyh
kali ni aku nak try start entry dengan cara lain sikit.. mule dengan soal siasat.. "saya inspektor cantik dan comel lagi menghormati orang tua NUR AIN BINTI MOHD RADZI akan menjalankan soal siasat pada kali ini".. apa khabar iman? sehat rohani? jawab! jawab! jawab!

mekap.. okay.. nak cakap aku ni kalau pergi pasar malam yang sekangkang penyu tu pon aku menempek.. memang aku die hard core and brutal dengan mekap ni.. yelah.. fitrah perempuan kan suka akan kecantikkan.. Allah juga sukakan kecantikkan.. sebab tu kita sebagai Muslim diminta sentiasa dalam keadaan kemas and teratur supaya agama lain akan pandang tinggi pada Islam.. INNALLAH JAMIL WA YUHIBBU JAMAL.. Allah itu cantik dan sukakan kecantikkan..

kat sini eden nak share lah sembilan puluh ratus ribu juta (9 jee)  tips bermekap cara seorang muslimah :)

  1. MATA : jadikan ghoddul basor(menundukkan pandangan) sebagai eyeshadow.. insyaAllah semakin berseri dilihat orang..
  2. BIBIR : oleskan lipstik kejujuran.. insyaAllah semakin manis kata-kata..
  3. PIPI : gunakan blusher yang diperbuat daripada rasa malu dari salun iman.. insyaAllah dihormati..
  4. TANGAN : kenakan tangan kita dengan losyen tawaduk dan kemudian sarungkan jari kita dengan cincin ukhwah.. insyaAllah disenangi orang..
  5. TELINGA : pakailah giwang mustamik(pendengar) yang taat kepada Allah dan RasulNya.. insyaAllah semakin anggun..
  6. BADAN : pakailah sabun istighfar.. insyaAllah akan terhapus dosa dan kesalahan yang kita lakukan..
  7. RAMBUT : rawatlah rambut dengan hijab Islami.. insyaAllah terhindar dari panahan pandangan lelaki yang merbahaya..
  8. LEHER : pakailah kalung kesucian.. insyaAllah tinggi nilai dirimu..
  9. MUKA : pakailah compact powder wudhuk.. insyaAllah bercahaya di akhirat..
ececehhh.. aku macam dah bajet mekap artis terkenal lagi fames amos Michele Phann gituuu.. jangan jolos okay.. insyaAllah kalau korang gunakan tips metap metap dari cik joyah ni,, koranglah wanita yang sangat berharga di akhir zaman ni.. haa !! dah tak banyak taw muslimah yang bernilai di akhir zaman ni.. jum ramai- ramai gunakan tips ni dan rebut pandangan ILLAHI !!! wallauhu a'lam ~

ENJOY READING . KBAII . ASSALAMUALAIKUM

3 comments:

Post a Comment