hikayat si penjual cendol

assalamualaikum ~


ini bukan cerita seorang manusia yang hebat macam TUN DR . MAHATHIR MOHAMAD . bukan gak cerita seorang seniman tersohor macam TAN SRI P.RAMLEE . bukan gak cerita seorang manusia yang dikurniakan rupa paras yang cun gile hot kari letoop kebaboom macam AMBER CHIA . tapi ni hanya cerita orang kampung yang menjual cendol sahaja .


( ok , aku tak padai nak bercerita. korang bace sajelah . kboii )


watak : dolah (bukan nama sebenar)


dolah ni seorang lelaki yang biasa-biasa saje . hidup dia serba sederhana . sumber pendapatan dia hanya menjual cendol resepi turun temurun dari nenek moyang dia jehh . dari parut kelapa ke uli cendol sampailah siap ke dalam mangkuk untuk dijamu kepada pelanggan serba serbi handmade bak kate omputeh . walaupun hanye jual cendol resepi turun temurun ni je , cendol dia ni perhhhhh ..... tak cukup jari ko nak jilat nakkk .. sodap bona . 


okay .. nak dijadikan cerita . rezeki tuhan nak bagi en ? manelah kite nak tahu . dengan cendol tu , dia jadi seorang yang kayo rayo . sampai satu tahap mase zaman kegemilangan dia , siap pakai mercedes bhaii . memang famous amoussss lah cendol dia tu . 


satu hari ni . datang la seorang kawan lama dia . kawan dia tu ajak bukak business kayu balak . katenye lagi cepat kaya . jual cendol ni lambat . dolah ni pon 'on' jelah . ape salahnye kalo nak kembangkan empayar dia kan ? lepas dah berkecimpung dalam industri balaks ni , business nye tak menjadi . agaknya dah biasa dengan business cendol , business besar macam ni dia takleh bawak . sampailah disuatu hari dia jatuh muflis . dunia dia yang kaya raya tu berubah 360 darjah berpusing macam kene taufan . drop ! down ! anak tak sekolah . sampai dolah mengharapkan duit zakat je . punya lah jatuh .


satu hari dia pergi ke satu kedai makan . nak cari kerja la niatnye . sekali datang satu wartawan ala-ala bersamamu tu gi temuramah dia . lepas open table story punya story , wartawan tu try ubah balik kehidupan dolah . dengan bantuan pusat zakat , dorang supply mesin parut kelapa , mesin kisar ais and segala kelengkapan membuat cendol kepada dolah . 


dengan semangat baru , ar-ruhul jadid dalam arabnye dolah pun mulekan segala-galanya semula . dia berusaha sekeras-kerasnya memerah keringat tulang empat kerat untuk naik kan taraf hidupnya balik . dah termaktub dalam kitab suci Quran Al-karim yang mafhumnya 'Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubah nasib mereka' surah Ar-Ra'd {13:11} tu janji Allah ! Alhamdulillah dolah berjaya mengembalikan ape yang telah dia hilang dulu . 


sekarang azam dolah . " saya tidak akan memakan duit zakat lagi . saya sudah puas makan zakat . kali ini saya pula yang akan memberi zakat dan membantu insan yang memerlukan . kepada sesiapa yang ingin belajar membuat cendol , sila hubungi saya " . sekarang dolah ingin membuka cawangan kedai cendolnya sendiri . dia juga sangat bersyukur kerana telah melalui pengalaman hidup yang sangat banyak memberi dia pengajaran .


ni kisah benar . same-samelah kita doakan dolah ( bukan nama sebenar ) berjaya didunia dan akhirat . jangan la pulak korang doa untuk si dolah yang entah sape sape ntah . aku main taram je name dia . tujukan doa tu untuk yang berhak . Allah lebih mengetahui . 


pesanan penaja : hidup kita ni jangan tamak kejar kekayaan . percaya pada rezeki yang Allah dah tuliskan untuk kita . janji kita ikhlas dan segala apa yang kita buat tu mestilah diniat kan kerana Allah . barulah berkat segala urusan kite :) dan syukur dengan apa yang kita ada dan jangan mengalah memperbaiki diri . 


hope story cik dolah kite ni beri manfaat kat aku dan kat anda anda dan anda semua . ni just untuk reflect diri yang kengkandang mudah lupe . 


salam , kboii :D


 cendol !!!! ya .. itulah tajuk entry dis time :)



sighhh .. aku pulak yang terliur bile wat entry nih =,="


now dolah develop new sensasion untuk bagi kelainan pada cendol iaitu cendol durian :)

|
|
|
V

tgk ni !

menarik en en :) yummy ~





ENJOY READING . KBAII . ASSALAMUALAIKUM

5 comments:

Fatindn_ said...

kesah bona ke ain ?

sipenguincomel said...

yups .. nape ?

NisaAdnan said...

CENDOL DURIAN NMPK SEDAPP ^^

sipenguincomel said...

perfect :D

ros_lan007@yahoo.com said...

bleh bgaitau katmana crita ni nak belaja dgn dia la...

Post a Comment